Friday, September 30, 2011

DBP->TS->-> SERDANG

7AM-7PM

8.00AM Kami the geng bertolak dari kampung ke DBP. pukul 9am kami sampai dekat DBP. tujuan utama kami nak mencari bahan untuk tesis kami. 7 orang semua. dari KTM serdang berhenti di BTS ke LRT Hang Tuah. dari LRT  ini lah kami terpaksa jalan kaki agak jauh dan terpaksa melintasi jalan yang agak sibuk.

sebelum masuk dalam BDP kena la daftarkad ahli dewan. RM 20 untuk 1 tahun.dalam pukul 12 kami keluar dari DBP memandangkan hari ini jumaat. time rehat awal la..tak banyak bahan yang kami dapat. terpaksa datang lagi nanti.






ini masa perjalanan ke DBP. agak jauh...

ni nak sampai kat pintu DBP. terpaksa melintas jalan...pandang kanan,,,pandang kiri..kanan....kiri...melintasla dengan selamat...hehehehe




bertukus lumus kawan-kawan aku ini mencari bahan tesis....




lepas itu kami ke TS... p makan memandangkan perut dah berlagu hip hop....hehhehe


kami makan KFC...hehhehe


aku yang tengah..hehhehe....baru ada gambar aku...cian....hehehhehe







lepas makan kami membeli belah...









ini gambar masa kat kedai camera. ada seorang sahabat aku beli  nikon...wah ada kamera baru boleh la ambil gambar nanti kan..hehehhe...rm430....agak mahal. aku niat nak beli juga...tapi memandangkan dah ada,,,tak payah beli la...nanti membazir..hehhe...pembaziran amalan syaitan...hehhe

tujuan beli kamera untuk wat tugasan subjek SASTERA DALAM MULTIMEDIA DAN BAHASA DALAM MULTIMEDIA. 2 Subjek ini aku belajar cara untuk ambil gambar menggunakan teknik2 yang betul....


aduhla...penat mula terasa dah ini...aku stop kat sini dulu...ini cerita aku hari ini...sekian...hehehhehehe

Friday, September 23, 2011

hari jumaat

hari ini amat membosankan aku. tiba-tiba teringat kat kampung bila tiba hari jumaat. sebab kalu kat kampung, setiap hari jumaat kami sekeluarga akan pergi jalan-jalan or pergi berkelah. tapi kat sini amat boring.  asgment belambak...hehehe....tapi masih termenung la...bangkit la wahai CIK NAZIRA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 19, 2011

kali pertama

kali pertama apa ya???nak tahu ke???

ini lah kisah aku dengan roomate aku ini. dah 4 sem aku dengan dia duduk 1 bilik.

tapi ini lah kami pertama kami bersemangat nak masak kat dalam bilik kami ini.hehheheh.... kalu nak ikut kan memanag la salah masak kat bilik tapi tak apa la..hehehhehe...idea nak masak ini tercetus dari cik Najla la. aku folow jer..hehehhe

hari ini kali pertama juga kami pergi pasar malam. kononynya nak beli barang nak masak la. apa-apapun kami beli la sikit untuk permulaan.kat pasar malam terserempak dengan Prof Dr Arbie bersama anak dan isteri dia. hehhehehe



*********


sampai kat bilik


Najla: ikan bilis ini nak buat nasi air la.
aku : ya buat la (dalam hati bersuara, kot mula-mula jer bersemangat..hehhehe)

najla berlalu pergi tanak nasi...wah rajin dia kan....untung cik abang dia dapat bakal isteri yang rajin.hehheheheh

masa najla pergi tanak nasi...aku sempat snap gambar...haaaa...ini dia gambar barang yang kami beli

Sunday, September 18, 2011

Tetamu Syawal


Tetamu syawal??? Em,,,syawal tahun ini tak ramai kawan-kawan aku yang bertandang ke pondok usang aku. mungkin kawan sibuk dengan hal masing-masing. Syawal tahun ini juga tak ada tetamu istimewa bagi aku. wahhh,,, rasa lain macam jer,, tetapi masih ada yang sudi datang beraya rumah aku. pada raya pertama “cik abang” adik aku datang beraya. Dalam pukul 4pm datang kat rumah.
inila gambar adik aku yang malu-malu. eleh..yang sebelah adik aku tu la pakwe dia...bakal adik ipar..hehhehe...boleh ke macam tu???boleh la kot. moga korang bahagia. masa kedatangan dorang ini la aku kenakan dorang abis-abisan. kesian..hehhehe...
jemputla makan kuih buatan kat kedai...hehheheh...



ni gambar aku curi masa gewe adik aku nak pergi jumpa umi kat dapur..berani dia g salam dengan umi..hehhehe..maklumla menantu..heehheheh


pada malam raya pertama lepas isyak kawan aku datang kat rumah. yang aku geram ya,,,dia tak bagitahu pasal dia nak bawa aweks dia. terkejut aku. kawan aku ini dok telosan kawan baik masa tingkatan 1 dan 2. masa dulu dia ketua darjah, aku pula penolong dia. teringat zaman dulu kala..hehheheh...

ni la gambar dorang. aweks dia napak budak tapi bila aku tanya umur berapa, dia cakap umur 23tahun. tapi dia tipu. dia umur dah 26 tahun. tua kan..hehhehe....yang si boy baru 22. eh2...cinta tak mengenal usia. perempuan ini sanggup datang dari terengganu semata-mata nak jumpa dengan si boy.

kak ini siap mandi kat rumah aku lagi...hehehhe.. kata nya letih nak balik ke ganu jauh. aku bagi kain tuala kat dia. lepas makan-makan. dorang balik

datang pula tetamu seterusnya.......


ini la tetamu yang di tunggu. my famly...pada malam ini rumah aku buat makan bakar ayam jer...hehhehe



ini lah AJK-AJK yang bahagian bakar ayam. aku lak bahagian tengok.hehehheheh



ini sanak-saudara aku. ramai kan..hehhehe


ni juga....

ini cerita raya pertama. raya kedua tunggu bersambung dalam kisah lain pula..


selamat hari raya maaf zahir batin.

Raya tanpa si dia.



Tahun ini merupakan tahun pertama aku beraya tanpa si dia. Biasa sebelum ini aku sentiasa setema dengan si dia tapi tahun ni tak.


 Sebab apa nak tahu ke????


Sebab,,,


sebab

Em…
Sebab….

Aku dah putus dengan si Y

Sebab apa putus???nak tahu juga ke???Em,,,perlu ke aku beritahu???

Sebab tiada jodoh,,hehhehhe,,,,senang jer jawapan,, boleh pakai ke? Boleh kot,,hheheh Kami clash 10.05.2011. hanya dapat bertahan sekejap jer..hehheheh…abaikan la soal itu

Sekarang aku nak bercerita tentang hari raya bersama keluarga. Raya tahun ini sangat best. Sebab dapat duit raya banyak dari tahun lepas. Nak tahu ke berapa?? Em….hanya RM350 jer. 

Tapi bersyukur itu rezeki juga.

Pagi raya aku dan famly bersiap ke masjid Hadhari  jerteh. untuk solat raya. Adik-adik aku semua bersemangat memakai baju raya baru termasuk la dengan aku. macam budak-budak kan.hehhehe.

Sampai dekat rumah kami bermaaf-maafan antara satu sama lain. Adik-adik aku pula sibuk minta duit raya dengan aku.

tahun ni tahun ke 2 aku bagi duit raya kat adik-adik. Ada la rezeki lebih sikit kena la kongsi dengan adik-adik kan...
tengok adik aku yang kedua. bagus kan siap cium tangan lagi nak dapat duit raya dari kaklong dia,,hehhehe,,ni adik no dua nama KAKNGAH







ni adik no 3 nama siti. ni lagi bagus siap cium pipi lagi...hehhehe


ini adik no 4 nama abe eri. tersenyum adik aku ni nak dapat duit raya




ni lak adik aku no 5. adik bongsu yang paling nakal


ini lak gambar umi yang aku sayang. umi pun dapat duit raya dari aku. tersenyum umi..hehheheh

ini lah gambar famly kesayanganku...